Isu Pemuda-Pemudi dan Mahasiswa

Sunday, June 25, 2006

PEMUDA & PEMUDI : AGENDA PERUBAHAN SATU TINJAUAN DARI SIRAH RASULULLAH SAW

Kertas Kerja ( 021 )

PEMUDA & PEMUDI : AGENDA PERUBAHAN
SATU TINJAUAN DARI SIRAH RASULULLAH SAW.

MUQADDIMAH .

Sunnah Perubahan :

Keadaan / suasana ( merangkumi politik , social , ekonomi dll ) pasti akan berubah .

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

“ Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.”

Ali Imran : 140

Peranan Islam dan ummatnya ( khasnya pemuda & pemudi ) ialah memimpin perubahan

1 : Penegasan ini dapat dilihat dalam lembaran sirah Rasulullah saw. dan Para Sahabat melalui ucapan Rubaei bin Amir rha. kepada panglima Rustam :

إِنَّ اللهَ ابْتَعَثَناَ لِنُخْرِجَ مَنْ شَاْءَ مِنْ عِباَدَةِ الْعِباَدِ إِلىَ عِباَدَةِ رَبِّ الْعِباَدِ وَ مِنْ جَوْرِ اْلأَدْياَنِ إِلىََ اْلعَدْلِ اْلإِسْلاََمِ وَ مِنْ ضِيْقِ اْلدُّنْياَ إِلىَ سِعَتِهاَ وَ اْلآخِرَةِ

“ Sesungguhnya Allah swt. telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu Dari perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Tuhan Hamba Dari kedholiman ideology ciptaan manusia kepada keadilan Islam Dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat ”

Inilah 3 Program utama Bagi Proses Perubahan yang dibawa oleh Nabi saw. Kerana sebelum itu : Manusia terperangkap dalam period Jahiliyyah yang :

Ø Mengabdi diri sesama mereka
Ø Menganut agama ciptaan mereka sendiri
Ø Terbelenggu dalam fikrah Madiyyah


2 : Nabi saw. sendiri ada menegaskan :

أُمِرْتُ أَنْ أُقاَتِلَ اْلناَّسَ حَتَّى يَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُوَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَ يُقِيْمُوا اْلصَّلاَةَ وَ يُؤْتوُا الزَّكاَةَ فَإِذاَ فَعَلُوْا ذَلِكَ عَصَمُوْا مِنيِّ دِماَءَهُمْ وَ أَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ اْلإِسْلاَمِ وَ حِساَبُهُمْ عَلى اللهِ تعالى .

رواه البخاري و مسلم

“ Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammmad adalah pesuruh Allah , mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat . Apabila mereka menunaikan yang sedemikian itu , maka terpeliharalah darah dan harta mereka daripadaku kecuali apa yang telah menjadi hak bagi agama Islam sementara persoalan hati mereka terserah kepada Allah swt.”

Orientasi dakwah dan perjuangan Nabi saw. adalah :

Memerangi dan Merubah manusia

Ø dari Syirik kepada Tauhid ( syahadah )
Ø dan mengabdikan diri kepada Allah ( solat )
Ø serta membina hubungan sesama manusia ( zakat )


Sebelum itu manusia hidup :

Ø Tanpa Aqidah ( keyakinan )
Ø Tanpa Ibadah ( pengabdian )
Ø Tanpa Akhlak ( silaturrahim )


* Justeru itu Islam agama yang memimpin perubahan dari : ( bila dan dimana sekalipun )

1. Jibayah ( kebendaan ) kepada Hidayah ( petunjuk )
2. Bidaah ( ciptaan manusia ) kepada Syaria’h ( perundangan Ilahi )
3. Kufur ( ingkar ) kepada Iman ( yakin )

4. Jahiliyyah kepada Islam
5. Bhatil kepada Hak
6. Dosa kepada pahala
7. Neraka kepada Syurga
8. Mungkar kepada makruf
9. Hamba kepada Tuan
10. Dijajah kepada Kedaulatan
11. Diperintah kepada Memerintah


Pemuda dan pemudi pula menjadi Top Agent terhadap perubahan – perubahan tersebut . Pemuda/I adalah asset ummah dan ia merupakan Institusi utama untuk menggerakkan ummah ke arah melaksanakan aspirasi perubahan tersebut .

Kekuatan tenaga , kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan pemuda di saf hadapan perjuangan ( di bawah kepimpinan Ulama ).

Memprogramkan pemuda/I antara agenda baginda Rasul saw. dalam menggerakkan dakwah dan mengibar panji Islam di mukabumi Allah ini .

Generasi awal yang telah berkorban tenaga dan nyawa untuk mengemudi misi dan visi risalah As Samawiah juga terdiri dari golongan pemuda . malah Rasulullah saw. sendiri ketika ditabal sebagai seorang Rasul akhir zaman adalah seorang pemuda yang berusia 40 tahun . ( suatu usia yang sempurna sebagai seorang pemuda )

Sabda Rasulullah saw.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّباَبِ خَيْراً فَإِنَّهُمْ أَرِقُّ أَفْئِدَةً لَقَدْ بَعَثَنِيَ الله ُبِالْحَنِيْفِيَّةِ السَّمْحَةِ فَحَاْلَفَنِي الشَّباَبُ وَ خَاْلَفَنِي الشُّيُوْخُ

“ Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk ( lembut dan unik ) Sesungguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi toleransi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang – orang tua menyanggahiku .”

KEPENTINGAN PEMUDA - PEMUDI UNTUK BERGANDINGAN DALAM MENGGERAKKAN DAKWAH DAN MENEGAKKAN AD DEEN

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

At Taubah : 71

Ø Perjuangan Islam pimpinan Rasululllah saw. mempunyai senarai panjang penglibatan pemudi – pemudi yang turun ke padang membantu perjuangan . Nama – nama seperti Sofiyyah rha. , Asma’ binti Abu Bakar rha. , Aisyah rha, Fatimah Az – Zahra’ rha.[1] dll adalah tunggak utama di belakang para pejuang dengan peranan mereka masing – masing.

Bukan sahaja sebagai jururawat di medan perang , tetapi juga sebagai benteng/kubu yang kuat di sempadan untuk mempertahankan kedaulatan Islam . Malah mereka berfungsi juga sebagai guru dan pendakwah gigih untuk menyebar maklumat dan kefahaman Islam kepada ummah khasnya golongan wanita .

Ø Gandingan pemuda – pemudi adalah satu penguasaan kepada dua sayap perjuangan ini untuk menggerakkan dakwah dan menegakkan Ad deen . Sebagai contoh di negara kita yang turut mengambil pendekatan pilihanraya (Muwajjahah Silmiyyah – pendekatan aman sebagai salah satu wasilahnya) untuk mendaulatkan Syaria’h Islamiyyah .


Perlu difahami bahawa pengundi wanita jauh mengatasi pengundi lelaki . Justeru itu , untuk menjayakan hasrat menegakkan Ad deen , gerakan dakwah menyeluruh , merangkumi dua golongan pengundi ini mesti dijana secara bersepadu dengan gandingan mantap pemuda & pemudi

Gandingan ini tidak terhenti setakat gandingan tenaga , tetapi juga fikrah , kepimpinan dan suara .Seperti menghadapi kes tohmahan musuh kononnya Islam / PAS mendikriminasikan wanita , selain ulama’ dan pemuda membela dan menjawab pertuduhan jahat itu , sewajarnya muslimat/pemudi bersuara menjelaskan kedudukan mereka dan bagaimana mereka ditanggapi dalam Jamaah Islam . Ini lebih berkesan .

Ø Baginda Rasul saw. semasa mengatur strategi hijrah , disaat musuh juga mengatur strategi untuk menggagalkan hijrah malah bertekad untuk membunuh Rasulullah saw. , baginda telah menggunakan khidmat gandingan mantap pemuda & pemudi demi menjayakan hijrah baginda saw. , justeru berjayanya hijrah bererti berjayanya proses menegakkan Daulah Islamiyyah / Ad Deen

Baginda telah memerintahkan seorang pemuda bernama Ali Karrramallahu wajhah untuk mengambil ranjang Rasulullah saw. dimalam hijrah guna melengah – lengahkan pergerakkan kuffar Musyrikin sementara seorang pemudi yang bernama Asma’ binti Abu Bakar rha. pula diarah untuk menghantar bekalan makanan dan maklumat terkini kepada baginda dikala baginda bersembunyi seketika di gua Thur.

Ø Kisah - kisah ini nampak simple pada riwayatnya tetapi sangat menggerunkan pada perlaksanaannya . Ia memerlukan keberanian dan pengorbanan yang tinggi . Ini adalah simbolik perlunya gandingan mantap pemuda – pemudi di sepanjang zaman untuk menggerakkan Dakwah dan menegakkan Ad Deen .

PERSIAPAN DAN KUALITI DIRI YANG PERLU DIPERLENGKAPKAN

Ø Memelihara Aqidah Imaniah dan Aqidah Perjuangan sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh

Yakin Islam menang dan mampu memerintah
Menanggapi Islam secara syumul
Bersedia untuk mendepani segala cabaran ( mehnah )

Ø Tingkatkan kesedaran Thaqafah ( knowledge ) guna menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar

Memahami pengertian & fungsi secular , nasionalis , dictator dsbnya.
Bijak membaca suasana – untuk menterjemah gerakerja dengan tepat
Memahami sunnah perjuangan – yang penuh dengan Tribulasi[2]
Mampu memenuhi keperluaan ummah semasa
Miliki daya intelektual tulen yang tidak boleh dibeli dengan material .
Mempunyai pandangan yang jauh serta wawasan yang membina .


Ø Bergabung dengan Gerakan dan kepimpinan Islam serta komited dengan aktivitinya .

Menyertai ( intima’ ) dengan Jamaah Islam . ( PAS )
Memberi sumbangan terbaik untuk Jamaah dan ummah
Menjadi agent/duta Jamaah dimana sahaja berada ( ex: kampus )


Ø Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari konpirasi musuh – musuh Allah .

Berani bertindak menentang kedholiman & kebobrokan pemerintah[3]
Peka terhadap isu yang memihak kepada kita utk. dimanafaatkan
Sensitiviti yang tinggi terhadap sikap musuh yang menghina Islam .
Sanggup berkorban dan sedia menerima risiko perjuangan

Ø Membentuk keperibadian ( syakhsiyyah Islamiyyah ) dan watak kepimpinan kontemporari yang mengekalkan prinsip Aqidah dan Akhlak Islamiyyah

Penampilan berkarisma dan berwibawa
Bebaskan diri dari pengaruh & sentimen negatif pd. watak kepimpinan
Telus , berlapang dada dan beramanah terhadap tugas dan peranan .
Menguasai dan memimpin keadaan / arus

Ø Kemahiran menguasai sarana perjuangan dan keupayaan menguasai pengaruh masyarakat .

Penguasaan dalam bidang IT
Menakluki arus media ( elektronik / cetak )
Menangani polemik masyarakat
Ada hubungan dengan individu berpengaruh dalam masyarakat .
Tidak meminggir diri dari arus perjuangan rakyat & semasa .
Memasang jaringan gerakkerja di peringkat nasional / internasional
Kemampuan memanafaatkan chanel – chanel utama untuk dakwah spt :

Ø Public speaker
Ø Public counselor dll.


PROSES PEMBENTUKAN PERIBADI PEMUDA/I
HASIL LENTURAN RASULULLAH SAW.

Proses pembentukkan peribadi pemuda – pemudi dilentur oleh Rasulullah saw . melalui Amal Islami yang merangkumi 3 kategori .

Amal Jamaei ( Harakah Islamiyyah )
Amal Ijtimaei ( Masyarakat )
Amal Fardi ( Individu )

Ø Amal Jamaei .
Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw. membentuk satu kelompok usrah di rumah Arqam bin Abi Arqam sebagai proses pengkaderan , berasaskan :

1. Ukhuwwah Islamiyyah ( Persaudaraan Islam )
2. Tasawwur Amal Islami ( Kefahaman Gerakkerja Islam )
3. Tauziu’l Amal توزيع العمل ( Pengagihan tugas )
4. Bina’ Asy – Syakhsiyyah بناءُ الشخصية ( Membentuk perwatakan/keperibadian )

Jiwa yang soleh
Watak kepimpinan
Peribadi mujahid ( pejuang )


Pesanan Rasulullah saw. kepada Huzaifah Ibnul Yaman :

تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِيْنَ وَ إِماَمَهُمْ

“ Kamu hendaklah beriltizam ( komited ) dengan Jamaah Ummat Islam dan pemimpin mereka .”

Riwayat : Bukhari dan Muslim

Ø Amal Ijtimaei .

Aktiviti social dengan membawa konsep :

1. At Ta’awun التعاون ( bertolong bantu dalam perkara baik & takwa )

2. At Tawasho التواصى ( berpesan – pesan dengan kebenaran dan kesabaran )

3. Ad Dakwatu Ilallah ( menyeru kembali kepada Allah swt. )

4. Al Amru bil makruf

5. An Nahyu A’nil mungkar

Berkata benar walau berhadapan dengan pemimpin yang dholim
Tegas dengan prinsip syara’


Ø Amal Fardi

Berpusat kepada agenda taqarrub kepada Allah swt .

1. Qiamulaill & Solat An Nawafil ( Solat sunat )
2. Fikir dan zikir )Al Mathurat dll (
3. Tilawatul quran


يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا

Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat .


- Muzammil : 1 – 5

CABARAN – CABARAN SEMASA YANG DIHADAPI OLEH
GERAKAN MUDA/I DALAM MENGGERAKKAN DAKWAH


Serangan Pemikiran . ( Ghazwatul Fikri )

1. Sekularisasi Ilmu ( ilmu tidak berpaksi kepada iman )
2. Dualisme budaya ( membaratkan budaya timur )
3. Penyelewengan fakta sejarah
4. Melontar kekeliruan kepada ummah terhadap agama anutan mereka
5. Kristianisasi
6. Hinduraya
7. Faham pandang barat ( New world order )
8. Faham pandang timur ( spirit samurai )


( semua item di atas menjadi penghalang utama kepada arus dakwah yang digerakkan malah terus menyumbang kepada keruntuhan Aqidah yang parah )

Keruntuhan Moral

1. Pengaruhi budaya hedonisme
2. Penguasaan budaya porno[4]

( item ini pula membentuk manusia yang berpaksikan nafsu dan lemah jiwa . Mereka menjadi sukar untuk memberi respon positif kepada dakwah yang tiba kepada mereka , justeru itu pergerakkan dakwah menjadi lembab dan mendatar )

Pemerintahan Secular Dictator .[5]

1. Menggunakan seluruh instrument kerajaan untuk menyekat dakwah

2. Melacurkan undang – undang , menobatkan kekejaman ( ex : ISA )

3. Menyekat semua laluan dakwah seperti memilik negarakan semua masjid dan khutbah serta tidak mengeluarkan permit untuk ceramah umum .

4. Menggunakan kuasa polis untuk membantai rakyat dan menyeksa pejuang/pendakwah .

5. Mengugut dan menakutkan rakyat supaya menjauhi Harakah Islamiyyah

Cengkaman Rasa Putus Asa . kerana :[6]

1. Dakwah mereka di tolak mentah
2. Terpaksa melalui tempoh yang terlalu lama untuk berjaya dalam dakwah
3. Cabaran terlalu getir dan terus muncul bertali arus
4. Sering menerima kegagalan dalam misi yang dilancarkan
5. Sokongan yang sangat minority secara berpanjangan


PERUBAHAN DALAM BENTUK BAGAIMANA
YANG PERLU DIBAWA OLEH PEMUDA/I

Pemuda – pemudi mesti menjadi arkitek mengawal proses perubahan yang berlaku kerana kita tidak mahu meruntuhkan jahiliyyah dan menegakkan jahiliyyah yang baru . Kita juga tidak mahu slogan taghyir ( perubahan ) hanya tinggal laungan dan slogan yang hampa .

Perubahan yang dilakukan bukanlah asas rekaan dan kajian tetapi mengikut acuan wahyu dan sunnah Rasulullah saw . Justeru itu , langkahan awal mestilah merubah persepsi umum masyarakat terhadap keupayaan Islam untuk memerintah di era sains dan teknologi .

Bentuk perubahan sedemikian boleh dilangsungkan dengan mengambil kaedah Muwajjahah Silmiyyah ( pendekatan aman ) dan mempelbagaikan wasilah serta methodology dakwah melalui usaha memanafaatkan semua ruang yang wujud dengan mencipta suasana untuk menguasai keadaan .

Sebagai cth . di Negara kita , kita mengambil pendekatan pilihanraya sebagai salah satu bentuk[7] perubahan . Kita mempunyai hasil melalui pendekatan ini namun begitu kita tidak pernah beriman dengan pilihanraya .[8]

Pemuda – pemudi juga mestilah membawa satu bentuk perubahan yang mantap dan bersedia untuk mengambil alih ketuanan pentadbiran/pemerintahan negara dengan memikir dan mengkaji secara serious dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan semasa .

Langkah untuk memastikan usaha ini berjaya , beberapa tindakan asas mesti dilaksanakan seperti :

Ø Menguasai Niqabah ( jabatan ) yang menjadi instrument kerajaan

Ø Menyediakan tenaga upaya/pakar dalam bidang yang diperlukan untuk memerintah

Ø Membentuk Daulatun Nuwab ( Negara Bayangan )[9]

Ø Melebarkan chanel dakwah di pelbagai peringkat

Ø Kelengkapan diri ( individu ) untuk turun menghadapi risiko perjuangan di tengah gelanggang dan bernafas panjang mengharungi badai perjuangan yang tiada penghujung .

Ø Memahami peranan yang mesti dilaksanakan dan mengetahui lokasi/medan operasi yang akan dijalankan agar tidak berlaku gejala over lap yang ketara dan pengabaian terhadap Fiqhul Aulawiyyat .[10]

Sikap gopoh dalam tindakan membentuk perubahan sehingga mencetus adegan – adegan yang tidak rasional atau bercanggah dengan keputusan syura ummat islam adalah perkara yang mesti ditinggalkan oleh pemuda dalam merangka bentuk perubahan yang ingin mereka bawa .


JANGAN MEMETIK BUAH SEBELUM MASAK . LANTARAN ITU SABAR DAN TENANGLAH DALAM BERJUANG. ISTIQAMAH DALAM MENGGERAKKAN PERUBAHAN.

Pemuda/i Tidak selayaknya berpaling dari tanggungjawab perjuangan walau dalam apa alasan sekalipun . Penglibatan pemuda/I adalah antara denyutan nadi perjuangan . Apakah kita tergamak berpaling setelah kita menerima hidayah , sedangkan hidayah yang kita terima adalah melalui pengorbanan tenaga dan jiwa mereka terdahulu .

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِيْن مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik ( berpaling tadah )? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Ali Imraan : 144

[1] Mereka ini semua adalah mahasiswi – mahasiswi di Universiti of Rasulullah saw. yang dibentuk dan dilentur untuk menjadi tunggak utama perjuangan Islam bagi mewakili sayap kiri perjuangan tersebut.

[2] Sunnah perjuangan : Jauh perjalanan , sukar , dipenjara , dibuang daerah dan dibunuh .

[3] Tindakan yang sesuai dengan penampilan dan tahap upaya pemuda/I . Sekali – kali tidak layak berpeluk tubuh membiarkan mereka bermaharajalela dengan kedholiman dan kekejaman .

[4] di anggarkan 70% kandungan internet ialah pornografi . Menurut Buchanan International ( sebuah rumah penapisan ) terdapat 20 000 laman web lucah baru muncul setiap hari didunia .

Sumber : MASSA 7/10/00 – hlm. 18

[5] Pemerintahan secular adalah natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada Ummat Islam . Ianya berfungsi untuk membendung semangat beragama dan mematahkan hasrat pelaksanaan Daulah Islamiyyah .

[6] Seringkali rasa putus asa ini mendorong pendakwah muda bertindak gopoh melewati batas rasional dalam tindakan mereka dan membuatkan mereka dikuasai emosi bukan mereka yang menguasai emosi.

[7] Peringatan : Bukan satu – satunya tetapi hanya salah satu …

[8] membawa maksud kita tidak akan berhenti meneruskan agenda At taghyir sekalipun pilihanraya dan kemenangan kita di batalkan sebagaimana apa yang berlaku kepada FIS di Algeria .

[9] seperti memiliki hospital dan sekolah sendiri dll.

[10] Termasuklah sibuk buat kerja orang lain sedang tanggungjawab sendiri terabai .

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 2:14:00 PM

SENSITIVITI GENERASI MUDA TERHADAP ISU SEMASA:

SENSITIVITI GENERASI MUDA TERHADAP ISU SEMASA:
CABARAN DAN MASA DEPAN


فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم. ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ
محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار

MUQADDIMAH.

Generasi muda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan.

Sabda Rasulullah saw.
أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.
Maksudnya:
Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.

Sabda Rasulullah saw.
إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة.
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.
( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )


Generasi Muda sayugianya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah. Generasi Muda adalah tiang dan harapan ummah. ( Fakta ini adalah jelas kerana: antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa seringkali dipengaruhi oleh isu semasa.)

Generasi Muda tak selayaknya alpa dibuai mimpi dan impian palsu, sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.

Sabda Rasulullah saw.
و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”

Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata:

إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية

“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”


CABARAN UTAMA YANG PASTI DIHADAPI.

Paling minima, cabaran utama yang akan ditempohi oleh generasi muda dalam membentuk dan membina kewibawaan ummah serta keunggulannya ialah:

Ø Sukar untuk mencipta Isu
Ø Gagal untuk manafaatkan Isu yang timbul
Ø Isu membalikkan arca negatif ( back fired )
Ø Sifat Isu yang mudah luput
Ø Tidak menafsirkan isu dengan tepat


Lantaran itu, Generasi Muda sewajarnya memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini, suatu cabaran yang tak mungkin mampu di atasi tanpa sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan Isu yang tajam dan berpengalaman.

Tanpa persiapan sedemikian, Generasi Muda akan terperangkap dalam manipulasi musuh yang amat licik. Realiti hari ini mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh.

Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu
kerana menyedari “jiwa kepemudaan” Generasi Muda mudah dipengaruhi.

إِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ و شبابَكَ قبلَ هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِكَ. ( رواه الحاكم )

Maksudnya:
Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain: Hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu, mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu.
Sabda Rasulullah saw:

لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ: عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه.
Maksudnya:
Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara:Ke manakah dihabiskan umurnya, bagaimana ia manafaatkan usia mudanya, dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya.
( Riwayat At- Tarmizi )

Antara isu yang menguji keperihatinan Generasi Muda hari ini, sering kali timbul dalam wajah serangan pemikiran, keruntuhan moral, dan tentangan pemerintahan sekular.


ISU DALAM WAJAH: SERANGAN PEMIKIRAN

Serangan pemikiran dihadapkan kepada ummat Islam, jua kepada semua pemuda/i secara khusus untuk menghancurkan Islam dan ianya datang dari segenap arah.

1. Barat

Sebahagian besar serangan pemikiran ini berpusat di Barat. Sebagaimana diketahui umum , barat bertanggungjawab mengibar panji sekularisme yang memenjara agama dengan dinding rumah-rumah ibadat.

Ø Dalam hal pentadbiran, Barat mengemukakan fahaman sekular yang menjarakkan ugama dari urusan hidup sehari . فصل الدين عن الحياة
Ø Begitu juga dijauhkan agama dari pemerintahan
فصل الدين عن الحكومة و الدولة

Ø Sementara dari urusan ekonomi, Barat mendokong prinsip kapitalis dengan orentasi ekonomi Ribawi. Urusan politik pula,Barat menaja prinsip demokrasi dengan menganggap suara ramai adalah suara Tuhan.

Ø Urusan kemasyarakatan jua demikian , Barat mengemukakan prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan memilih sikap dan cara hidup serta berfikir sehingga kebebasan itu membawa kepada pengharusan apa yang diharamkan oleh Allah dan yang bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.



2. Timur Blok Komunis

Suatu blok yang mengibar panji Sosialisme atau Komunisme yang mendokong prinsip Ilhad (tidak bertuhan) dengan usaha gigih mereka untuk menjauhkan manusia dari Manhaj Ilahi dan hak hukum hakam Islam.

Kenapa Barat dan Timur Menyerang Islam. ( Sifat Isu ini berpanjangan )

Justeru Islam mempengaruhi aqal dan pemikiran manusia dan ia tersebar ke seluruh dunia dengan begitu cepat sementara ummat manusia berduyun-duyun menganut agama Islam dengan penuh ketaatan tanpa sebarang paksaan.

Firman Allah swt:
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ. وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا . فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ
كَانَ تَوَّابًا
Maksudnya:
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
( An Nasr 1- 3 )

Rancangan Jahat Mereka

Setelah menyedari bahawa mereka tidak akan berupaya untuk menjatuhkan Islam dengan peperangan bersenjata, maka mereka melancarkan propaganda-propaganda sulit dalam pelbagai wajah isu untuk tujuan tersebut.

Ianya bermula dengan rancangan menghapuskan Sistem Khalifah yang menjadi tunggak kekuatan ummat Islam kerana sistem ini telah berupaya menyatukan dan membentuk ummat Islam serta kestabilan politiknya. Gerakan penjajahan ke atas negara-negara ummat Islam telah memainkan peranan utama untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah.Mereka melebarkan empayar dengan falsafah politik keji mereka ( فرِّق و تَسُد ) atau "divide and rule" ( pecah dan perintah )

Kejatuhan sistem khilafah bermula apabila penjajah berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan menyerahkan Turki kepada Mustapha Ata-Turk dari Yahudi Daunama dengan syarat-syarat berikut:

· Hapuskan Sistem Khilafah sama sekali
· Isytihar Negara Sekular
· Mengekang gerakan Islam
· Mengganti perlembagaan Othmani Al-Islami kepada perlembagaan atau undang-undang sivil ciptaan manusia.
Generasi Muda yang dihormati sekelian,

Tindakan jahat mereka tidak terhenti setakat itu, malah mereka meneruskan semangat permusuhan mereka terhadap ummat Islam dengan memastikan aqidah dan fikrah ummat Islam turut diperangi.

Musuh-musuh Islam dengan pelbagai nama seperti Kristianisasi, Orientalis, Penjajah, Komunis, Yahudi dan sebagainya bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka yang satu iaitu mengeluarkan ummat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya dapat mencampakkan keraguan pada aqidah Islamiyyah dan merosakkan kejernihan akhlaq Islami.

Rancangan jahat terhadap Islam dengan tipu daya mereka yang licik terbentuk pada 4 gerakan iaitu:
a) Gerakan Komunis مخططات الشيوعية
b) Gerakan Solibiyah مخططات الصليبية
c) Gerakan Yahudi dan Freemason مخططات اليهودية و الماسونية
d) Gerakan Munafiqin مخططات العملاء في الداخل


i) Gerakan Komunis [1] . العالم الإسلامى و المكائد الدولية خلال القرن الرابع عشر الهجرى oleh: Us. Fathi Yakan

Serangan Komunis terhadap Islam tidak sahaja melibatkan fikrah tetapi juga sampai ke peringkat pertumpahan darah dengan maksud menghapuskan Islam dan ummatnya.

Pada permulaan Revolusi Komunis iaitu pada tahun 1917, satu Mu’tamar Islami telah diadakan di Khukand demi menuntut hak pemerintahan sendiri di Turkistan. Namun malangnya, secara tiba-tiba tentera Rusia telah menyerang dan membunuh beribu-ribu ummat Islam dengan kejamnya. Rumah-rumah mereka diruntuhkan dan harta mereka telah dirampas.

Satu sumber rasmi Rusia sendiri telah melaporkan bahawa ummat Islam yang menjadi mangsa pemerintahan mereka dalam tempoh setahun (1917-19118) ialah seramai satu juta.

Pada tahun 1928, Rusia telah berjaya menghapuskan kerajaan Islam Khukand.

Pada tahun 1930, kerajaan Islam Bukhara pula telah dijatuhkan dan mereka juga telah meragut banyak nyawa di bumi Afghanistan. Demikianlah Kominis telah berjaya membunuh 20 juta ummat Islam melalui serangannya yang bertubi-tubi tanpa henti sepanjang 50 tahun.
Semangat Penentangan Komunis Terhadap Islam

1. Pada tahun 1913, LENIN telah menegaskan: “Tidak benar bahawa Allah yang mentadbir alam,akan tetapi Allah adalah pemikiran khurafat yang dicipta oleh manusia untuk berlepas diri dari kelemahannya. Justeru itu, setiap individu yang bertegas dengan pemikiran tersebut adalah seorang yang jahat dan lemah.

2. MARK telah menjelaskan bahawa “Tidak ada tuhan dan kehidupan adalah berbeza”

3. Akhbar Supteshia Bravda dalam tahun 1954 menyatakan: Kepercayaan kepada Allah adalah peninggalan orang-orang dahulu yang bodoh.

4. Mu’tamar ke 22,jawatankuasa pusat Parti Komunis Soviet telah membuat ketetapan bahawa: Kita menyedari bahawa kekalnya kesan keugamaan dalam masyarakat Rusia. Hari ini, kita masih menghadapi ancaman dari kawasan-kawasan orang Islam. Lantaran itu,mu’tamar ini menegaskan keazaman untuk menentang kebangkitan Islam habis-habisan.


Kesan Pembawaan Komunis di Dunia Islam

Berselindung di sebalik slogan sama rata dan keadilan masyarakat serta memeranggi Imperialis, mereka telah berjaya memperdaya ummat Islaam sehingga Lahore sebahagian ummat.yang keliru tentang Wujudiah Rabbaniah..

Menimbulkan isu untuk menanggapi agama sebagai “Candu” masyarakat dan mendorong manusia membebaskan diri dari ikatan agama dan akhirnya syiar Islam tidak lagi berdiri megah. Sebaliknya, menjadi asing di tengah ummat Islam sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
بَدأَ اْلإسْلامُ غَرِيباً فَسَيَعُوْدُ غَرِيباً كما بدأ فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاء
Maksudnya ;
Islam telah bermula dalam keadaan dagang dan ia akan kembali menjadi dagang maka berbahagia orang-orang yang dagang ( asing )


b) Gerakan Solibiyyah
Suatu gerakan Nasara dengan semangat permusuhan yang tinggi sreta dendam kesumat yang mendalam untuk membinasakan Islam daan ummatnya. Solibiyah menyusur untuk menjatuhkan Islam melalui beberapa gerakan licin termasuklah Orientalis, Missionerry dan penjajahan dengan membawa tekad dan hadaf yang satu.


Noktah Utama Dalam GERAKAN SOLIBIYYAH.

1. Bertindak keatas kerajaan Islam dan menghapuskan Sistem Khilafah.
2. Bertindak keatas sumber utama syariat Islam al-Quran dan al-Hadis.
3. Merosakkan fikrah Islamiyyah di kalangan ummat Islam.
4. Memecahkan kesatuan ummat Islam.
5. Merosakkan wanita-wanita muslimah melalui gerakaan “Women Liberation “ dan sebagainya.



Wasilah-wasilah Mereka

1. Mendidik anak-anak orang Islam di madrasah -madrasah mereka .
2. Menyebarkan Risalah Tabsyiriah dan buku-buku mereka.
3. Khidmat kebajikan masyarakat.
4. Melalaikan masyarakat dengan hiburan,arak,perrempuan dan sebagainya.5. Menghantar lebih ramai pendakwah-pendakwah Kristian ke negara-negara ummat Islam.


c) Gerakan Yahudi dan Freemason

Firman Allah swt:
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
Maksudnya:
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
( Al Maidah 82 )

Yahudi merupakan musuh tradisi ummat Islam dan ia merupakan penggerak utama semangat permusuhan terhadap ummat Islam.


Gerak Jahat Yahudi

1. Menubuhkan kerajaan Israel pada tahun 1948 di kawasan suci ummat Islam yang mana ia telah dijadikan sebagai pusat propaganda mereka terhadap Islam dan ummatnya. Mereka bekerja keras untuk menghalau ummat Islam daan membinasakan tamadun Islam.

2. Pengisytiharan kemerdekaan Israel padaa 15 Mei 1948 telaah dilakukaan oleh Ben Ghorion. Sehubungan dengan itu, semua negara Mustakbirin Amerika dan Rusia segera mengiktirafnya kerana dengan wujudnya negara Israel, maka tercapailah hasrat mereka untuk bersama-sama menjajah Islam.

3. Membentuk pertubuhan-pertubuhan Yahudi, iaitu:


Ø Kerjasama Israel Antarabangsa
Mu’tamar Yahudi Antarabangsa
Ø Kesatuan Sahafi ( wartawan ) Yahudi Sedunia
Ø Majlis Penasihat Pertubuhan-pertubuhan Yahudi
Ø Pertubuhan Israel Sedunia
Ø Majlis Yahudi Rabbani Sedunia
Ø Pertubuhan Zionist Sedunia

Sementara agen-agen rahsia mereka ialah:

a) Freemason
b) Rotary Club
c) Lions Club


Freemason, Rotary dan Lions

Pertubuhan-pertubuhan rahsia ini memainkan peranan untuk menyalurkan mesej Yahudi untuk kembali menbina kerajaan Yahuza dan seterusnya menguasai alam.Mereka mempengaruhi manusia dengan program-program kebudayaan, sukan, hiburan-hiburan dan lain-lain lagi untuk “brain wash” pemuda/I,sekaligus memesongkan mereka dari tatasusila murni. Yahudi akan menggunakan apa saja cara yang boleh mencapai matlamat mereka Prinsip ini dikenali sebagai الوصولية.

Protokol Zionist ke-5 menjelaskan bahawa akan sampai kesatu taahap yang tinggi dalam penguasaan politik mereka melalui kaedah الغاية تبرر الوسيلة .
Melalui protokol ke-11,Yahudi mengisytiharkan bahawa ummat selainYahudi ialah kumpulan-kumpulan kambing yang lemah dan hina. Adapun mereka orang-orang Yahudi merupakan serigala-serigala yang mulia dan perkasa.

( Protokol pemimpin Zionist adalah ketetapan dan resolusi rahsia yang diputuskan dalam mu’tamar pemimpin-peminpin Zionist yang diadakan buat kali yang pertama di Bal ( بال ) Switzerland pada tahun 1897. Protokol ini akhirnya terdedah buat kali pertamanya. Ia didedahkan oleh Sergius Neilus yang merupakan seorang pengarang Nasrani. ) [1][2]




Objektif Politik Zionist


1. Penguasaan ekonomi
2. Kekuatan tentera
3. Penguasaan media massa
4. Pengaruh kebudayaan dan serangan pemikiran.


d) Gerakan munafiqin dan aktor mereka dari dalam.
Oleh: Us. Fathi Yakan. العالم الإسلامى و المكائد الدولية [1][2]

Kebanyakan mereka adalah dari kalangan kaum baangsa kita , mereka bertutur bahasa yang kita gunakan dan berpakaian dengan pakaian orang-orang Islam.Tetapi mereka mempunyai hubungan yang erat dengan musuh-musuh Islam samada Komunis Mulhidah atau Solibiyyah Haqidah atau Yahudi Makirah atau Penjajah Mudhallalah.
الشيوعية الملحدة / الصليبية الحاقدة / اليهودية الماكرة / المذاهب الإستعمارية المضللة ))

Ancaman golongan ini merupakan suatu yang paling bahaya justeru ia menyusup masuk ke dalam saf-saf kita. Mereka menguasaai ummat Islam dengan penguasaan terhadap kementerian-kementerian, media massa, jabatan-jabatan pendidikan, muassasah-muassasah, yayasan-yayasan, badan-badan berkanun dan badan -badan swasta.

Lantaran itu, dengan tidak disedari, mereka telah meresapkan ideologi daan budaya mereka di tengah-tengah masyarakat ummat Islam dan memaksa ummat Islam menerima tanpa disedari. Sehingga ummat Islam larut dalam ideologi dan budaya mereka yang keji sebagaimana yang berlaku hari ini. Aduhai Generasi Muda , ingatlah penegasan Ilahi:

لا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلادِ . مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

Maksudnya:
Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.
( Ali Imran 196-197 )


APA YANG HARUS DILAKUKAN OLEH GENERASI MUDA UNTUK MENGHADAPI CABARAN TERSEBUT

1. Tingkatkan kesedaran Thaqafah dan Tasawwur ( ilmu pengetahuan ) menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar.

2. Memelihara aqidah Imaniah sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh dalam apa jua bentuk isu.

3. Bergabung dengan kepimpinan Islam dan gerakerjanya. Kita akan selamat dari lingkaran propaganda yang penuh fitnah dan kekeliruan sehingga lahir golongan teras yang terpilih untuk membantu ugama Allah swt.

4. Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari serangan pemikiran. propaganda isu dan keganasan senjata musuh, sehingga kita berjaya mengembalikan kecemerlangan Islam.


Firman Allah swt:
فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ . بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرحيم

Maksudnya:
Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

( Ar Ruum 4-5 )


ISU DALAM WAJAH: KERUNTUHAN MORAL.
Kepincangan nilai dan keruntuhan moral Generasi Muda hari ini amat membimbangkan, sehingga ia menjadi satu masaalah kronik bagi negara-negara ummat Islam. Keruntuhan ini adalah natijah dari pakatan jahat yahudi dan barat yang mengorientasikan budaya kuning untuk meneruskan penjajahan mereka keatas minda ummat Islam.Mereka meransang nafsu dan menaja sex bebas serta hiburan yang tidak terbatas untuk menyeret pemuda-pemudi menjadi liar dan buas semata-semata mencari kepuasan yang tak kunjung puas. Media massa cetak dan elektronik turut memainkan peranan untuk menuang minyak ke atas nyalaan api nafsu yang membara, mencetus noda dan dosa tanpa mengenal ketika dan masa pula tidak memperdulikan azab dan neraka.

Majallah-majallah dan video -video lucah laris di pasaran sementara ia mudah diperolehi tanpa segan silu, malah ianya suatu yang rutin bagi generasi muda hari ini. Masyarakat bandar dan desa tidak terlepas dari bahang runtuhan moral yang berlaku di celah-celah pembangunan yang mencakar langit. Penyakit AIDS dan HIV marak menular angkara runtuhan moral yang kian parah bagai satu amaran keras dari ilaahi buat semua manusia agar sedar dan insaf. Barat menaja kebebasan untuk terus memancing ummat Islam agar terus asyik dan alpa dengan runtuhan nafsu syahwah. Mereka mendakwa kebebasan adalah kebabanggan antarabangsa.


KEBEBASAN TAJAAN BARAT

1. Bebas dari kongkongan tanggungjawab di rumah. Sehingga mereka lebih senang mengunjungi kelab -kelab malam dan pusat-pusat hiburan dari tingggal di rumah.


2. Bebas berpakaian malah sampai keperingkat berpakaian tetapi telanjang.

3. Bebas bertindak tanpa terbatas kepada disiplin, akhlak dan tatasusila . Adab kesopanan dianggap suatu kongkongan kehidupan.

4. Bebas beraqidah dan memegang prinsip.

5. Pembebasan wanita dengan menuntut hak yangg sama seperti lelaki dan tidak lagi sebagai suri rumah atau pembantu lelaki.

6. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat sekalipun ianya menyentuh pihak yang lain. Ini membuka ruang untuk mereka menghina Islam.

7. Kebebasan media massa sehingga ia diluar kawalan adab kemanusiaan. Sementara media ini menjadi salah satu saranan penting untuk mencetak minda masyarakat. ( dalam masa yang sama mereka mengekang Islamic media )


ISU DALAM WAJAH: TENTANGAN PEMERINTAHAN SEKULAR


Pemerintahan sekular adalah sebuah pemerintahan yang menjarak agama dari politik.( أد ما لقيصر لقيصر و ما لله لله ). Ini bererti semua orentasi pemerintahan dan pentadbiran negara bebas serta tidak terikat dari prinsip dan pandangan agama. Sebaliknya berasaskan kepada apa yang dipandang baik oleh pemerintah.
Sedang Islam adalah satu agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk urusan pemerintahan negara mestilah tunduk dan patuh kepada hukum Ilahi


وَأَنْ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنْ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ . أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ. يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal-kepada orang-orang yang penuh keyakinan-tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

( Al Maidah 49-51 )


Pemerintahan sekular adalah natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada ummat Islam. Ianya berfungsi untuk membendung semangat beragama yang ada pada ummat Islam sekaligus mereka mampu mematahkan usaha penguasaan terhadap ummat Islam.


Antara tindakan yang diambil untuk mengekalkan pemerintahan sekular ialah:

1) Menyebarkan fikrah tidak beragama (فكرة اللادنية )

· Mereka memaksa pemikiran ini bertapak di minda ummat Islam dengan apa jua cara termasuk kekerasan.

· Mereka memaksa anak-anak ummat Islam mempelajari sejarah dan tamadun Barat melalui sistem pendidikan yang terpisah jauh dari ruh Ubudiyyah.

· Melontarkan istilah-istilah negatif kepada pejuang Islam seperti pelampau, ekstrim dan lain-lain untuk menanam rasa benci kepada Islam dan pejuangnya di hati generasi muda.
· Menganjur perhimpunan yang bercampur gaul lelaki dan perempuan sehingga ia dianggap rutin dan bertamadun serta terkini.

· Mencipta pelbagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat.

2) Mengekang Harakah Islamiyyah
· Mereka meletakkan Harakah Islamiyyah sebagai musuh utama mereka yang mampu menggugat kestabilan pemerintahan mereka dan mampu kembali menyatukan kesatuan ummat Islam.

· Lantaran itu, mereka mengambil tindakan tegas demi menghalang Harakah Islamiyyah. Pelbagai tuduhan dan helah ( isu ) dilakukan semata-mata untuk memastikan Harakah Islamiyyah berkubur.


3) Undang-undang ciptaan manusia

· Hasrat mereka adalah untuk melenyapkan syariah Islamiyyah daripada terus bertapak di bumi dan di hati ummat Islam.

· Mereka membentuk demokrasi dan undang-undang ciptaan manusia untuk mentadbir negara dan masyarakatnya sebagaimana mereka meletakkan sistem kapitalis dalam pengurusan ekonomi.

· Memecahkan kesatuan negara-negara ummat Islam kepada negara-negara kecil yang mempunyai undang-undang masing-masing selain dari syariat Islamiyah.

· Mengekalkan prinsip politik sekular mereka ( pecah dan perintah ).

4) Sistem pendidikan sekular

· Suatu sistem yang membuatkan pemuda/i tidak mengenal Islam malah tidak mengenal lagi kalimah syahadah.

· Sistem yang memburu kehidupan dunia yang sementara dan lupa kehidupan akhirat yang kekal.

· Sistem yang memuja kebendaan dan kedudukan serta memandang rendah hidup beragama.

· Sistem yang membuang jauh ruh agama dari setiap mata pelajaran yang dikemukakan di peringkat sekolah dan universiti.

· Sistem yang mendidik pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sejak di peringkat bawah hingga ke peringkat universiti.

· Menghapuskan tulisan jaawi atau huruf al-Quran dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia agar ummat Islam jauh dari sumber utama syariat mereka.



Wahai Generasi Muda ……Masa depan ditanganmu !!
Dan ianya Milik Islam …..

Kealpaan dan sikap tidak mengambil berat merupakan agen pembunuh yang sangat berbahaya. Ia mampu membunuh stamina perjuangan seorang aktivis sekaligus mampu melumpuhkan sebuah gerakan Islam yang besar jika kehadirannya tidak dibanteras.

Islam adalah suatu agama yang optimis, sensitive dan responsive, ia melarang ummatnya beku membatu diri, pasif dan dhoif. Sungguhpun suatu kenyataan bahawa kini ummat islam telah ditekan dan ditindas serta dikepung dari segenap arah oleh musuh-musuh Islam yang begitu ramai dan memiliki segala kelebihan maddiah.

Namun, sebagai seorang pemuda muslim, kenyataan itu tidak sewajarnya menjadikan kita kaku dan berputus asa terhadap amal Islami malah sebaliknya menyemarakkan semangat perwira dan jiwa kepemudaan untuk menghadapi segala kemungkinan. Justeru Islam bukanlah satu agama yang menjanjikan kemenangan dan kejayaan di dunia malah ia satu agama yang membawa berita gembira untuk kemenangan di dunia dan di akhirat.

Penguasaan Kuffar akan tiba hari dan saatnya untuk ia jatuh tersungkur mencium bumi bersama kebesaran dan keangkuhan mereka. Namun khabar gembira ini adalah suatu yang amat mahal nilai harganya. Ia tidak mungkin berlaku tanpa pengorbanan dan kegigihan pejuang-pejuang Islam yang tidak mengenal erti penat dan putus asa, demikianlah sunnatullah

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ


Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

( Ali- Imran 140 )


وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمْ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَاسِقُونَ


Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
( An-Nuur-55 )



Disediakan Oleh:
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
Setiausaha LTDLK DPP PAS Pusat.28 Dec. 2001

Muaqaddimah

Blog ini diperkenalkan untuk memudahkan pecinta-pecinta Islam meneliti artikel-artikel yg berkaitan dgn isu pemuda utk sebagai bhn bacaan dan perkongsian. - Zikrullah